JimieRay dot Com

Blog Perniagaan Internet & Usahawan M.L.M Sebenar
Options:

Guna Laman Sosial Buat Kerja Amal

Ketika perbualan mengenai Piala Dunia yang menghiasi laman sosial facebook, twitter dan blog berjaya menenggelamkan sentimen perkauman serta politik dalam kalangan penyokongnya, terdetik di fikiran Ahmad Sa’abun untuk menggunakan kelebihan laman sosial itu sebagai medium melaksanakan kerja amal Ramadan ini.

7985414.jpgTanpa niat mengaut sebarang keuntungan, aktiviti sukarela diberi nama Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata ditubuhkan menggunakan facebook sebagai medium utama bagi mengumpul persalinan baju melayu dan baju kurung baru bagi diagihkan ke rumah anak-anak yatim serta fakir miskin seluruh Semenanjung Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menurut pengendali laman sosial itu, aktiviti sukarela tanpa mengutip sebarang dana ini mengumpul jenis pakaian yang bersesuaian untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas dan merangkumi saiz S, M, L dan XL bagi dewasa.

Kaedah pembungkusannya juga diberikan kriteria tertentu bagi memudahkannya. Contohnya, bagi baju melayu mengandungi sehelai baju dan seluar, tidak perlu songkok serta samping. Manakala, baju kurung pula baju dan kain sahaja, tidak perlu tudung.

Pengirim perlu melabel saiz di bahagian luar bungkusan bagi memudahkan pihak urus setia mengenal pasti ketika melakukan proses pengagihan.

Urus setia dilarang menerima wang tunai. Wartawan NORHASPIDA YATIM dan Jurugambar, MIZAN MAT TAMIN mendapatkan penjelasan Ahmad mengenai program murni ini.

Bagi Ahmad, dalam menghulurkan sesuatu sumbangan, niat adalah wajib. Bahkan, hadis yang disampaikan Rasulullah SAW ada menyebut mengenai perkara itu dalam ayat sempurna yang sebahagiannya bermaksud, setiap perbuatan itu dinilai melalui niat.

Berpegang pada ayat ini, beliau mengorak langkah meneruskan usaha mencari individu atau persatuan untuk menyertai kempen ini seikhlas hati.

Ahmad mensasarkan kira-kira 10,000 pasang pakaian terkumpul untuk diagihkan kepada anak yatim dan fakir miskin dalam tempoh sebulan lebih bermula 16 Julai hingga 21 Ogos ini bersamaan 10 Ramadan depan.

Kempen ini mendapat kerjasama Selangor fm sebagai radio rasmi untuk kempen seluruh Selangor bersama beberapa individu lain, Zulhisham Tokasid, Mohd Rozmie, Omar Ramli, Fadzil Mohamed dan Zul Rahim.

 “Selama lima hari kempen Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata ditubuhkan dalam facebook, keahlian telah melebihi 1,500. Saya cukup terharu melihat keprihatinan rakyat Malaysia mengenai isu ini,” katanya.

Mana-mana individu atau persatuan yang berminat boleh menghulurkan sumbangan dan anda boleh terus menghantar di alamat Ahmad Sa’abun, No 12, Jalan Platinum 7/44, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Darul Ehsan.

Artikel ini dipetik dari Sinar Online

PS: Sertai kempen amal ini sekarang!!!Sila klik disini –> Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata

 ~JimieRay

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • digg
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • Fark
  • feedmelinks

Motivasi & Anda

Hidup ini perlukan motivasi. Tidak kira di tempat kerja, di rumah, pejabat, persatuan dan apa sahaja, anda memerlukan motivasi. Lebih penting lagi apabila kita menjalankan perniagaan internet, kita perlu sentiasa bermotivasi untuk meneruskan perniagaan internet dengan jayanya. Bila kita tidak bermotivasi, banyak kerja yang tidak menjadi. Bila motivasi merosot, kita perlu lakukan sesuatu dengan segera supaya ia tidak menjejaskan rekod prestasi kita selama ini. Dari manakah datangnya motivasi? Adakah dari ceramah, buku atau kaset motivasi?

Sebaik-baik sumber motivasi adalah datangnya daripada ANDA sendiri. Diri anda adalah pengerak motivasi terbaik. Amalkan bertanya pada diri sendiri “KENAPA AKU PERLU BERJAYA DALAM PERNIAGAAN INI?” Besarkan persoalan KENAPA?. BAGAIMANA akan menjadi mudah. Inilah renungan yang terbaik untuk anda mengekalkan motivasi diri. Ingat! Anda adalah penentu kejayaan anda!

4 Tips Mengekalkan Motivasi Diri

1-Berdoa
Berdoa kepadaNYA mengenai impian kita dan secara langsung kita akan terus mengulangi matlamat kita. Jangan malu untuk memohon kepadaNYA. Selepas berdoa kita akan berasa lebih tenang dan bersemangat kerana kita sedar kejayaan kita ditentukan oleh Yang Maha Kuasa.

2-Sentiasa Membaca Matlamat Kita
Ini adalah cara terbaik untuk meningkatkan motivasi diri. Bacalah matlamat anda berulang-ulang kali. Tulis matlamat anda di kertas dan tampalkan di cermin, pintu peti sejuk atau di mana sahaja tempat yang membolehkan anda lihat selalu.

3-Bercakap Dengan Diri Sendiri
Anda boleh mengadap cermin dan melaung-laungkan kata semangat kepada diri sendiri. Anda juga boleh mencabar diri anda sendiri dengan tujuan membina motivasi diri. Selalu menggunakan ayat-ayat yang membina motivasi seperti “Saya bertuah menjadi diri ini”, “Saya merupakan usahawan internet yang hebat!”, “Saya berasa hebat hari ini!”. Lakukan setiap hari dan lihat bagaimana ia mengubah anda. Elak sepenuhnya daripada menggunakan kata-kata negatif yang menjatuhkan diri anda.

4-Membaca Kisah Kejayaan Orang Lain
Kisah-kisah kejayaan seringkali sarat dengan kisah bagaimana manusia berjaya mengharungi dan menentang segala kemungkinan, bagaimana mereka mengalami kegagalan dan tidak pernah mengaku kalah. Selepas membacanya, anda akan rasa begitu bersemangat untuk terus berusaha untuk menjadi seperti mereka. Secara tidak sedar, ini akan menyala dan membarakan lagi motivasi anda.

Itulah antara 4 tips untuk mengekalkan motivasi diri. Yang paling penting dalam hidup ini ialah; sentiasalah berfikiran positif. Pandanglah sekeliling anda dengan pandangan yang positif. Bersangka baik dengan apa yang Tuhan tetapkan, kerana ia adalah salah satu penyejuk jiwa. Harus diingat, menerima ketentuan dan pertimbangan daripada Tuhan adalah salah satu daripada kepercayaan kita. Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah dan kebijaksanaannya.

Selamat Mencuba!

~JimieRay~

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • digg
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • Fark
  • feedmelinks

Salam sejahtera semua. Genap lagi sebulan kita akan meninggalkan tahun 2009 yang  penuh kenangan samada kenangan yang terindah atau kenangan yang mendukakan. Mahu atau tidak putaran roda 2009 akan pergi meninggalkan kita disamping kita akan sambut menjelmanya fajar 2010 yang kian mencabar.

Untuk anda yang baru dalam bidang keusahawanan Internet antara faktor kejayaan anda di dalam perniagaan internet adalah sejauh manakah anda sanggup belajar, mengkaji dan merancang terutama di peringkat permulaan dengan mereka yang telah lama berkecimpung dan menceburkan diri dengan mencipta nama sebagai usahawan internet. Mereka ini sudi berkongsi ilmu masing-masing mengikut model yang mereka ceburi. Jom kenali usahawan internet tempatan.

 SmartZul

SmartZul

Mohd Zulfadli bin Suddin atau lebih dikenali sebagai SmartZul merupakan seorang usahawan Internet sepenuh masa yang merupakan pakar dalam penghasilan produk digital. Beliau telah menghasilkan banyak produk digital seperti Kit Blogger, Panduan FTP, Kuasa Forum dan sebagainya yang sememangnya banyak membantu para newbie untuk menjana wang di Internet.

Prinsip beliau ialah tidak mahu hanya berjaya seorang diri, tapi juga sama-sama mahu membantu mereka yang lain, mereka yang serius dan benar-benar serius mahu membina dan memiliki perniagaan Internet sendiri. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang beliau di laman blog beliau iaitu SmartUsaha.com

 JimieRay & Zamri Nanyan

Zamri Nanyan

Zamri Nanyan telah bergiat dalam pencarian duit online semenjak tahun 2003 lagi. Beliau sememangnya cukup popular dalam kalangan usahawan Internet di luar negara mahupun tempatan kerana kepakaran beliau dalam mempromosikan sesuatu produk. Namun, beliau lebih kepada menjalankan MLM secara online dan telah menggunakan sepenuhnya kuasa Internet untuk berjaya dalam bidang yang diceburi.

Beliau lebih suka untuk mengkaji sesuatu peluang untuk buat duit di Internet dan berkongsi kajian ataupun peluang buat duit tersebut dengan orang lain antara produknya yang terkenal ialah Sistem Auto Viral dan PakarAffiliate.com. Anda juga boleh mengikuti perkembangan beliau di BisnesDigital.com

LuvLeey

Luvleey

Luvleey atau nama sebenar Nurulhayati Binti Dr. Mohamed adalah anak Bongsu daripada 4 orang adik beradik. Lahir pada 06 Ogos 1984 di Kuala Lumpur. Ketika berumur 11 tahun beliau berhijrah ke Tanzania Afrika dan pernah bersekolah di sana kerana mengikut bapa atas urusan kerja. Pada tahun berikutnya pulang semula ke Malaysia dan meneruskan pengajian di sini sehingga tamat Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik) dan pendidikan UPSI. Beliau dari kecil lagi amat meminati bidang graphics. Tanpa sebarang asas dalam bidang Graphics, beliau cuba mempelajarinya sendiri (pandai-pandai godek sendiri).

Dengan usaha sendiri, sokongan rakan-rakan dan usahawan Internet, sekarang beliau telah bekerja sebagai fulltime Internet Marketer sebagai Graphics Designer. Kini beliau juga mempunyai beberapa produk sendiri yang berkaitan dengan bidang grafik iaitu GrafikJualan.com dan EcoverJualan.com. Sekiranya ada jejaka yang telah syok dengan Luvleey jom kenali Luvleey di SyokSyok.com.

JimieRay & Ammar Zahar

Ammar Zahar

Seorang usahawan internet muda, Ammar Zahar yang ketika ini berusia 22 tahun dan masih lagi menuntut di salah sebuah Universiti tempatan telah menjana pendapatan di internet bermula daripada ZERO pengetahuan dan ZERO modal.

Dia sememangnya sama saja dengan kebanyakan usahawan internet yang lain hanya ingin mencari pendapatan tambahan di internet bagi meringankan bebanan orang tuanya. Teringin nak buat duit di internet tapi tak tahu caranya. Akhirnya atas usaha gigih dan strategi yang mengena, beliau kini menjadi salah seorang usahawan internet yang disegani dan mempunyai syarikat sendiri. Bukan itu saja, jika dulu beliau digelar ZERO dan tidak mempunyai apa-apa selain duit PTPTN, kini beliau mampu membeli rumah sendiri, kereta sendiri dan pendapatan beliau melebihi dekan fakulti sendiri. Kenali Ammar Zahar dari Zero ke Hero di PerniagaanInternet.com.

Alang Samsul Zamzuri

Alang

Samsul Zamzuri Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Alang dalam kalangan pengguna Internet merupakan pengusaha laman web dan blog yang berjaya. Beliau menjalankan perniagaan jual beli laman web dan pernah berjaya menjual laman web sehingga mencecah RM150 ribu. Beliau mampu memperoleh pendapatan lima angka setiap bulan menerusi iklan yang masuk ke dalam laman-laman webnya.

Beliau melakukan perniagaan Internet dengan menanggapnya sebagai hobi sahaja dan kemudian setelah nampak hasilnya barulah beliau mula serius dengan bidang ini. Anda boleh melihat tip-tip di laman blog beliau iaitu SamsulZamzuri.com.

Team SaifulSham

Team SaifulSham

Team SaifulSham merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena perniagaan Internet. Beliau merupakan perintis dalam menyedarkan rakyat Malaysia tentang potensi perniagaan Internet. Mereka ini merupakan penulis buku Rahsia Buat Duit Dengan Internet yang sememangnya mendapat sambutan hangat di pasaran tempatan.

Mereka ini merupakan pakar dalam perniagaan Internet berlandaskan produk fizikal dimana mereka mempunyai beberapa laman web yang menjalankan jual beli produk fizikal yang menguntungkan. Boleh layari SaifulSham.com untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

 Galadriel

Kak Galadriel

Kak G atau Kak Galadriel merupakan seorang copywriter dan freelancer yang sangat low profile. Beliau mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang copywriting dan teknik ini adalah amat berharga bagi semua yang ingin bergiat dalam perniagaan Internet.

Beliau sudah bekerja sepenuh masa dalam bidang perniagaan Internet sudah hampir 2 tahun. Beliau kini memiliki lebih 20 website yang kebanyakan lebih menumpukan copywriting. Anda boleh mengetahui tentang perempuan misteri ini di InternetMelayu.com.

Irwan Dahnil

Irwan Dahnil

Irwan Dahnil merupakan pelopor bagi perniagaan SMS Malaysia dan merupakan penulis buku yang mendapat sambutan hangat iaitu “Buat Duit Dengan SMS”. Buku yang beliau hasilkan dalam berbahasa Malaysia ini merupakan yang pertama mendedahkan mengenai potensi perniagaan SMS.

Irwan Dahnil mempunyai minat dalam perancangan strategik perniagaan, daya inovasi, mencipta nilai dan memberikan nilai tambah dalam perniagaan. Boleh lawati laman blog beliau di IrwanDahnil.com.

Amirol

Mohd Amirol

Mohd Amirol adalah seorang usahawan yang menjalankan perniagaan secara Online secara serius bermula dari awal tahun 2006 setelah menamatkan pengajiannya dalam bidang Kejuruteraan Awam dari UiTM. Beliau bermula dengan memberi khidmat membina laman web, pemasangan sistem dan akhirnya telah berjaya menghasilkan produk sendiri.

Beliau kini mempunyai pelbagai produk digital yang sentiasa mendapat tempat di hati para pengguna Internet yang baru ingin menceburkan diri dalam perniagaan Internet. Anda boleh membaca tip daripada beliau di MohdAmirol.com.

Noorizam Shah

Noorizam Shah

Noorizam Shah mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan internet sejak 3 tahun lalu. Kini beliau merupakan seorang usahawan Internet dan merupakan Education Specialist Trained by Ebay. Pendapatan beliau sekarang sudah mencecah 5 angka sebulan hanya daripada ebay dan pasti pendaptan ini akan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.

Prinsip yang beliau pegang ialah sentiasa laburkan sedikit wang anda untuk ilmu kerana inilah pelaburan yang paling menguntungkan. Anda boleh mengetahuinya dengan lebih lanjut di NoorizamShah.com.

Fuad Latip

Fuad Latip

Fuad Latip merupakan seorang pensyarah di UITM Shah Alam dan juga merupakan seorang pakar dalam Search Engine Optimization(SEO). Beliau juga merupakan seorang Team JomSeminar dan juga merupakan seorang penulis buku yang mendapat sambutan hangat iaitu 15 Teknik Efektif Internet Marketing.

Selain itu, beliau juga berkemahiran dalam bidang programing dan telah mencipta beberapa script yang berjaya memperdayakan Search Engine dari segi SEO. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang beliau, boleh layari di Myorionet.com.

Md Pai

Mdpai

Wan Mohd Fairuz atau lebih dikenali sebagai MdPai di kalangan rakan-rakan beliau. Menceburi bidang pembinaan website dan juga bisnes internet walaupun sebenarnya beliau ialah seorang pelajar jurusan kejuruteraan eletrik di IUT de Nice, France.

Beliau sememangnya pakar dalam PHP dan telah menghasilkan pelbagai website untuk company-company besar yang beroperasi di luar negara. Anda boleh melawati Mdpai.com untuk belajar tentang PHP.

Osman Affan

Osman Affan

Osman Affan merupakan seorang pakar motivasi, penulis buku dan seorang personaliti TV. Beliau juga seorang usahawan yang mempunyai perniagaan sendiri di dalam bidang pendidikan. Selain mengendalikan perniagaan beliau, beliau banyak membuat program-program kemahiran belajar dan motivasi di peringkat sekolah, kolej dan universiti.

Beliau juga terlibat dengan ‘Student Learning Enhancement Unit (SLEU)’ di Universiti Islam Antarabangsa yang berperanan untuk membina modul kemahiran belajar dan jatidiri bagi pelajar di peringkat sarjana muda. Anda boleh melayari laman blog beliau di MotivasiBelajar.com.

Amar Mahmood

Amar Mahmood

Amar Mahmood merupakan seorang pakar dalam pengamalan kuasa minda. Beliau telah menghasilkan beberapa buah buku yang sangat menarik dan berkesan iaitu Rahsia Minda Jutawan dan Tarik Kekayaan Dengan Kuasa Minda. Beliau juga sentiasa mengadakan seminar-seminar tentang kuasa minda yang sentiasa mendapat sambutan yang luar biasa.

Beliau sentiasa berkongsi tip-tip yang menarik mengoptimakan kekuatan minda  dan kuasa minda yang ada pada diri kita di laman blog beliau iaitu AmarMahmood.com.

Shamsuddin Kadir

Shamsuddin Kadir

Shamsuddin Abdul Kadir merupakan seorang penulis buku dan penceramah dalam bidang motivasi, kewangan, perlaburan hartanah dan kerjaya. Beliau sudah menerbitkan 4 buah buku, Hidup Tenang Walaupun Berhutang (diterbitkan di Jakarta juga) dan Makan Gaji Tetapi Kaya (Best Seller di MPH), Kaya Dengan Rumah (Best Seller) dan Buat Duit Dengan Rumah.

Beliau juga pernah muncul di TV3 bagi slot Motivasi Pagi yang juga membincangkan soal kewangan. Anda boleh melayari laman blog beliau di ShamsuddinKadir.com.

Shamsuriyadi-Sham Raja AdSense

Sham Raja AdSense

Mohd Shamsuriyadi Mamat mempunyai Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat daripada UUM,Sintok. Beliau merupakan seorang usahawan internet sepenuh masa yang sentiasa memperoleh pendapatan yang mencecah 5 angka sebulan.

Beliau juga giat menulis pelbagai ebook yang sentiasa mendapat sambutan hangat seperti Panduan Pengiklanan, Penulis Ebook, Raja AdSense dan sebagainya. Anda boleh melawat laman blog beliau di Shamsuriyadi.com.

Kidino

Kidino

Iszuddin Ismail atau lebih dikenali sebagai Kidino dalam arena perniagaan Internet merupakan seorang usahawan Internet yang berjaya. Beliau bermula sebagai seorang programmer dan designer namun akhirnya beliau telah bergiat dalam perniagaan Internet.

Beliau juga merupakan seorang affiliate markter yang terhebat kerana sentiasa berjaya dalam produk yang dipromosikan oleh beliau. Pendapatan yang diperolehi beliau juga adalah 5 angka sebulan dan anda boleh melawat laman blog beliau di MoneyClicking.net.

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Kartunis Ubi merupakan seorang kartunis yang sangat popular. Ubi telah berjaya membuat ribuan orang untuk membaca dan meminati hasil karyanya seperti ‘Budak Hostel’ (1994-1997), ‘Aku, Dia & Volkswagen’ (1997-2002) dan ‘IN’ (1999-2002). Ini tu juga turut membuatkan beliau berjaya melariskan puluhan ribu buku koleksi karya kartunnya. Kenali Kartunis Ubi di KartunisUbi.com.

Semuga dengan perkongsian ini dapat mendekatkan anda dengan usahawan internet tempatan yang sudi berkongsi ilmu dan kepakaran mereka dengan kita semua. Dekatilah mereka, selidiki dan cungkillah illmu yang mereka ada. Saya pasti mereka tidak kedekut ilmu dan sudi berkongsi kepada sesiapa sahaja yang sudi belajar dengan mereka untuk menjadi usahawan di dalam bidang Perniagaan Internet. Jumpa lagi. Adioss…

Share/Bookmark

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • digg
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • Fark
  • feedmelinks

Mempromosikan produk affiliate merupakan satu cara termudah untuk menjana pendapatan pertama anda di internet. Ini kerana anda tidak perlu mencipta produk anda sendiri dan kebanyakan program affiliate sudahpun menyediakan bahan promosi yang anda boleh guna terus. Ini semestinya menjadikan hidup anda mudah.

Sekiranya anda ingin mencipta produk untuk dijual, mungkin anda boleh lakukannya apabila anda sudah mempunyai sedikit pengalaman di dalam pemasaran affiliate.

Kenapa?

Kerana sekiranya anda mempunyai produk sendiri, anda juga perlu mempunyai kemahiran mempromosikan produk. Sekiranya anda gagal mempromosikan produk anda, tak kiralah sehebat mana pun produk anda, anda mungkin akan gagal menjana sebarang pendapatan atau jualan.

Itulah sebabnya saya katakan bahawa bermula dengan mempromosikan produk orang lain dan mendapat komisyen jualan daripada produk tersebut adalah salah satu cara terbaik untuk mendapat wang pertama anda di internet. Selepas anda menjadi affiliate, terpulang kepada anda untuk mencipta produk anda sendiri kerana pada masa ini, anda sudahpun tahu bagaimana untuk mempromosikan produk anda (berdasarkan pengalaman anda mempromosikan produk orang lain).

Jadi, sekiranya anda ingin menimba pengalaman menjadi affiliate, anda perlu serba sedikit tahu jenis-jenis program affiliate yang terdapat di internet. Ini penting kerana anda mungkin perlukan strategi yang berbeza sekiranya anda mempromosikan produk affiliate yang lain jenisnya.

Secara ringkasnya, terdapat 3 jenis program affiliate.

  1. Pay-Per-Sale (Dibayar berdasarkan jualan)
  2. Pay-Per-Lead (Dibayar berdasarkan jumlah pelawat ke laman web)
  3. Pay-Per-Click (Dibayar berdasarkan klik ke laman web yang diiklankan di laman web anda)

Selepas anda kenali jenis program yang anda ingin sertai, barulah anda mula menyusun strategi untuk mempromosikan produk affiliate tersebut.

Sebagai contoh, anda perlukan laman web untuk mempromosikan program pay-per-click tetapi untuk program pay-per-sale, adalah lebih efektif untuk anda menggunakan pemasaran email untuk mendapatkan hasil yang optimum.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan adalah seorang usahawan internet sepenuh masa yang dihormati. Beliau juga pakar dalam mempromosikan produk affiliate tempatan dan luar negara. Program “Pakar Affiliate” beliau merupakan perkongsian ilmu pemasaran berdasarkan pengalaman beliau dan jutawan internet Malaysia, Patric Chan. Dapatkan “Pakar Affiliate” di http://tinyurl.com/juaraaffiliate sekarang untuk mencungkil ilmu pemasaran berharga ini.

PakarAffiliate

P/S - Sila klik pada gambar untuk dapatkan ebook Lapuran Istimewa Pakar Affiliate dari Zamri Nanyan.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • digg
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • Fark
  • feedmelinks

3 Ogos 2009 merupakan hari terakhir saya bekerja di dalam sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang. Pendapatan 6 angka setahun di dalam syarikat tersebut saya tinggalkan untuk melakukan sesuatu yang saya ingin kecapi di dalam hidup ini. Tarikh tersebut juga menamatkan servis saya selama 12 tahun lebih di dalam syarikat “Research & Development” tersebut.

Mengambil keputusan untuk berhenti kerja bukannya mudah.

Saya bukannya seorang bujang. Dengan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kepada 2 orang anak yang masih di bangku sekolah dan seorang lagi tak sampai 2 tahun umurnya, saya pasti ada rintangannya.

Walaubagaimanapun, saya sudah buat keputusan nekad saya sendiri.

Saya inginkan sebuah perniagaan internet yang akan memberikan saya kepuasan dan kebebasan untuk melakukan apa yang saya kehendaki. Saya mahukan masa saya banyak dihabiskan bersama-sama dengan keluarga dan melihat sendiri anak saya membesar di depan mata.

Namun, di sinilah datangnya cabaran dan disiplin.Disebabkan anak-anak saya yang masih lagi kecil, mereka memerlukan perhatian yang rapi. Si Imran bukanlah macam kakak dan abangnya. Beliau aktif sehingga boleh menaikkan rasa marah. Apa yang dilarang, itu yang dia nak.

Tapi itulah yang dinamakan kanak-kanak. Kena banyak bersabar.Dan sebabnya yang ingin saya nyatakan di sini ialah, walaupun saya sekarang bebas untuk melakukan perkara yang saya suka, saya masih lagi melakukannya pada masa rutin harian yang saya lakukan sebelum berhenti kerja - iaitu menjalankan majoriti daripada perniagaan internet saya pada waktu malam apabila si anak kecil sudah masuk tidur (mungkin pada masa akan datang, ianya akan berubah)

Jadi, adakah ini dikatakan menjalankan perniagaan internet sepenuh masa?  :)

Atau menjalankan perniagaan internet separuh masa itu sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa?

Tak tahulah apa jawapan anda.Tetapi, definisi saya ialah jika anda tetapkan bahawa anda akan lakukan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari dan lakukannya secara konsisten, anda sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet anda secara sepenuh masa, tak kira anda masih bekerja dengan orang lain ataupun tidak.

Dan jika anda berhenti kerja dengan orang lain, dan masih menjalankan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari, tidakkah ianya juga bermaksud perkara yang sama.

Itulah sebabnya juga terlalu ramai yang beranggapan saya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak bertahun lamanya, bila saya masih lagi bekerja di syarikat swasta. Sebabnya ialah saya konsisten dengan usaha saya.

Memang saya tidak pernah nyatakan bahawa saya melakukan perniagaan internet secara separuh masa sebelum ini, kerana bagi pendapat saya, jika saya nyatakan sebegitu, ianya cuma akan memberi impresi kepada diri saya bahawa saya melakukan perniagaan internet ini separuh hati sahaja.

Dan itulah juga salah satu sebabnya kenapa rakan sekerja saya sebelum ini pernah berkata bahawa saya menjalankan perniagaan internet secara sepenuh masa, dan bekerja separuh masa - kerana pendapatan yang saya perolehi ada kalanya melebihi beberapa bulan gaji saya di syarikat tersebut.

Jadi, secara ringkasnya di sini, jika anda juga ingin membina perniagaan internet anda untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama anda nanti, lakukannya sepenuh hati, konsisten dengan apa yang anda usahakan dan tanamkan kepercayaan yang suatu hari nanti, anda juga dapat membina perniagaan internet dengan masa dan tempat yang anda tetapkan sendiri.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/jimieray untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Sila dapatkan video percuma dari beliau dengan klik pada gambar di bawah.


Share/Bookmark

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • digg
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • Fark
  • feedmelinks

Kebanyakan panduan blogging yang kita baca menyuruh kita membuat kajian pasaran atau ‘niche research’ terlebih dahulu sebelum menentukan topik blog yang mahu dibina.

Ya, ia memang satu langkah yang wajib, TAPI ada satu lagi kaedah yang boleh anda gunakan. Selain teknik kajian niche, kita juga boleh menggunakan kaedah TARGET AUDIENS. Bermaksud, kita membina komuniti kita sendiri walaupun topik tersebut mempunyai persaingan yang amat sengit.

Kaedah ini adalah di mana kita membina sebuah blog yang topiknya sudah banyak blog yang membicarakannya. Namun dengan keunikan blog dan cara kita yang tersendiri (tiada di blog lain), maka blog kita tetap mempunyai pelawat tersendiri walaupun pelawat-pelawat ini juga menjadi pembaca blog lain.

Kedua, kaedah ini berprinsip bahawa, di dalam era maklumat ini, sesiapa yang sentiasa aktif dan kreatif, maka peluang kejayaan sentiada wujud dan boleh dicapai. Dan sesiapa yang lambat dan hanya fokus pada cara yang ‘ketinggalan zaman’, maka mereka akan ketinggalan walaupun telah lama membina empayar.

Bagaimana Cara Melakukannya?

Langkah asasnya adalah seperti berikut:

1. Tentukan topik blog yang mahu anda bina tidak kisah ia mempunyai persaingan yang besar atau tidak. Yang penting ia mempunyai ‘demand’ iaitu ramai orang berminat terhadap info yang akan anda tulis.

2. Fikir dan tentukan apakah USP iaitu keunikan blog anda. Mungkin pada ’slogan’nya, pada logonya dan juga yang pasti adalah pada nama domainnya. Gunakan nama domain yang unik berbanding nama yang umum. Contoh di sini adalah seperti smartusaha.com. Atau anda boleh juga gunakan nama anda sendiri, seperti saya gunakan pada www.MohdZulfadli.com.

Keunikan (USP) blog anda ini nanti sekurang-kurangnya mempunyai satu kekuatan yang akan menjadi buah mulut orang lain sama ada pembaca blog atau blogger-blogger yang lain.

Perkara ini adalah amat penting jika anda mahu menggunakan kaedah Target Audiens ini. Jangan teruskan langkah berikut jika anda belum menentukan keunikan blog anda. Sila baca artikel “Rahsia Perniagaan Internet Sebenar” untuk mengetahui serba sedikit mengenai USP.

3. Tentukan beberapa topik spesifik atau sekurang-kurangnya satu topik selain menulis secara umum. Maksudnya, di dalam sesuatu bidang, banyak cabangnya. Jadi fokus kepada beberapa topik itu di samping menulis secara umum mengenai topik-topik di dalam bidang tersebut. Tujuannya agar anda mempunyai keunikan walaupun akan menulis pelbagai topik berkaitan.

4. Bina sebuah blog dan pastikan navigasi blog telah berfungsi sepenuhnya (menu, design, dan lain-lain).

5. Tulis dan terbitkan (publish) beberapa buah artikel sebelum mula melakukan promosi. Jangan promosikan blog semasa blog belum ada sebarang artikel atau blog belum siap sepenuhnya.

6. Promosi. Ada banyak kaedah promosi blog. Namun antara cara yang termudah, termurah dan tercepat (3T) adalah :

  • Memberi komen yang terbaik pada artikel di blog lain.
  • Membenarkan artikel di blog anda disalin (copy & paste) di blog lain, di laman web, di forum atau dengan apa jua kaedah. Namun di akhir artikel itu mereka wajib letakkan info mengenai blog anda termasuk menyatakan URL blog anda.
  • Bekerjasama dengan blogger lain untuk mengulas mengenai blog anda sama ada secara berbayar atau melakukan secara win-win situation (JV) yang mana anda melakukan sesuatu perkara juga untuk mereka.
  • Menyertai Forum di Internet dan bina kredibiliti anda di sana.
  • Target kepada keyword yang dicari oleh pengguna internet. Gunakan pelbagai tools kajian kata-kunci seperti Google Keyword Tool. Kata-kunci tersebut diletak dan digunakan pada tajuk artikel, pada bahagian pendahuluan artikel, dalam kandungan artikel dan juga di akhir artikel. Proses ini adalah dikenali sebagai On Page SEO.
  • Submit artikel di digg.com. Jika di Malaysia, aplikasi yang sama adalah negaraku.net. Kaedah ini akan membuatkan artikel blog anda cepat diindeks oleh enjin carian.
  • dan banyak lagi cara promosi lain seperti yang saya tulis di sini

Case Study:

1. Blog JohnChow.com adalah salah satu blog yang masih baru (berusia 4 tahun) tetapi mendapat trafik dan populariti yang amat tinggi. Topik blog ini adalah lebih kepada Blogging dan Internet Marketing. Padahal sudah banyak blog mengenai blog dan buat duit di internet yang berusia lebih daripada 10 tahun. Mengapa blog beliau tersebut berjaya? Cuba anda lakukan kajian. Salah satunya di sini kita boleh membuat kesimpulan bahawa, nama atau jenama bukan lagi kekuatan utama di zaman ini, sebaliknya adalah sesuatu info yang biasa tetapi disampaikan dalam bentuk yang lebih kreatif lebih diminati oleh pengguna internet.

2. Blog SmartUsaha.com juga dibina di atas konsep membina audiens tersendiri. Saya sama sekali tidak melakukan kajian pasaran pada masa saya membina blog ini (topik perniagaan internet). Sebaliknya saya membinanya dengan matlamat untuk membina komuniti / pengikut saya yang tersendiri yang berminat untuk mengetahui mengenai perniagaan dan pemasaran internet. Sejak tahun 2005 sehingga sekarang, blog ini telah mempunyai pembaca yang tersendiri.

Kesimpulan:

Jika anda membina blog yang unik dan menyampaikan maklumat dengan cara yang berbeza atau kreatif berbanding pesaing-pesaing sedia ada, peluang untuk anda maju dan berjaya amatlah tinggi. Binalah audiens, pengikut dan prospek anda sendiri dengan sebuah blog yang unik tersebut tanpa perlu melakukan kajian niche yang kadang-kadang amat menyulitkan.

Kaedah target audiens ini amat-amat jarang didedahkan oleh problogger padahal mereka sendiri menggunakan kaedah ini seperti topik blog make money online atau make money blogging yang amat besar persaingannya. Jika mereka boleh, mengapa tidak kita? Tiada sebarang undang-undang untuk anda mencuba sesuatu. Jangan terlalu terikat dengan pra-syarat yang orang lain tetapkan.

Saranan: Mungkin anda juga boleh merujuk buku Strategi Laut Biru untuk lebih memahami konsep ‘kreatif’ untuk bersaing tanpa perlu bersaing.
————————
Mengenai Penulis: Mohd Zulfadli (SmartZul) adalah seorang usahawan internet yang telah menggunakan blog sejak tahun 2005 lagi untuk pemasaran perniagaan internetnya. Bidang fokus beliau yang utama adalah teknikal blog Wordpress yang mana beliau telah membantu ramai individu membina blog dot com mereka sendiri dalam masa yang amat singkat.

*Anda boleh meletak dan menggunakan artikel ini di blog anda atau di mana sahaja dengan syarat menyertakan sekali bahagian Info Penulis ini. Hakcipta Adalah Terpelihara.
————————

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • digg
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • Fark
  • feedmelinks

Salam Ramadhan dan jumpa lagi…

Setelah agak lama saya menyepikan diri dari menulis di blog ini selepas saya menjalani pembedahan pada bulan May yang lalu. Kini saya akan kembali menulis di blog ini semula, namun sepanjang percutian dari menulis disini saya ada mengikuti di belakang tabir dalam dunia internet marketing. Salah satunya saya merupakan salah seorang peserta yang mengikuti kursus perniagaan internet bersama Zamri Nanyan pada bulan July yang lalu. Hasil daripada kursus perniagaan internet yang saya ikuti itu maka lahirlah projek pertama saya yang baru minggu lepas saya lancarkan secara underground.

Kali ini saya belum mahu ulas apa-apa lagi di sini berkenaan projek saya itu kerana tak berapa hari lagi kita akan menyambut fajar Shawal. Tentu anda semua sebuk berkira-kira nak bercuti balik raya di kampung. Saya ingat lagi ketika saya menetap di Kuala Lumpur setelah berkeluarga iaitu sekitar tahun 1997 – 2004, setiap kali nak tiba hari raya, kami akan rancang awal-awal untuk pulang ke kampong di sini (Penang) dan juga Kedah (sebelah keluarga saya). Ya lah, perjalanan jauh ni macam-macam hal boleh berlaku dengan kesesakan, kereta rosak la…tapi yang paling di elak sekali kemalangan jalanraya yang boleh mengakibatkan maut. Marilah kita sama-sama elakkan dari jadi sebahagian statistik kemalangan maut pada tahun ini.

konvoi

* Kepada yang menunggang motorsikal elakkan dari berkonvoi ramai-ramai ketika musim perayaan begini.

Kali ini saya ingin berkongsi satu artikel akhbar yang saya baca 2 tahun yang lalu saya rasa patut untuk berkongsi dengan anda semua tentang bagaimana di kalangan kaum ibu dapat membantu suami bagi mengelakkan kemalangan :

Sedarkah kita bahawa wanita memainkan peranan penting dalam membantu mengurangkan kemalangan jalanraya. Wanita mempunyai pelbagai peranan sebagai isteri, ibu, anak perempuan dan juga sebagai pemandu kenderaan yang boleh membantu dalam mengurangkan statistik kemalangan jalan raya.

Wanita yang menjadi isteri dan menjadi peneman kepada suami yang memandu kenderaan perlulah membantu suami mereka dari aspek mental dan fizikal untuk suami memandu dengan lebih cermat dan berhati-hati. Isteri boleh membantu suami dengan cara yang berikut :

#  Sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung atau pulang semula ke kota, isteri boleh meminta suami dan semua anak-anak agar bersolat hajat memohon keselamatan dan kesejahteraan sepanjang perjalanan pulang ke kampung dan kembali ke rumah semula setelah berhari raya. Mulakan perjalanan dengan doa selamat bagi mengiringi perjalanan dengan penuh sejahtera.

#  Isteri tidak harus bersikap negatif semasa mahu pulang ke kampung seperti membebel dan merungut mengenai giliran balik kampung ke rumah mentua, bersikap marah kerana penat berkemas barang dan pelbagai lagi sikap negatif yang boleh mengganggu ketenteraman emosi suami. Hadiahkan senyuman mesra pada suami dan bertolaklah ke kampung dengan rasa bersyukur dan gembira. Permulaan yang cantik akan membuahkan hasil yang cantik.

#  Ketika menemani suami memandu pulang ke kampung bersama anak-anak, pastikan suami berada dalam keadaan selesa dan segar untuk memandu seperti pemakanan suami dijaga dengan baik sebelum memandu jauh dan pastikan suami berasa selesa dengan dirinya dengan memastikan suami mandi dan minum minuman yang menyegarkan badan.

#  Berikan ransangan dan motivasi positif kepada suami dengan kata-kata yang manis dan mesra. Berilah ucapan penghargaan kepada suami kerana sanggup memandu jauh untuk pulang ke kampung. Isteri dan anak-anak menjadi sumber inspirasi suami dalam mengharungi kepenatan memandu. Isteri dan anak-anak boleh memberi ciuman dan pelukan mesra kepada suami dan bapa mereka yang berjuang memandu dengan selamat sehingga 7-10 jam lamanya.

Dengan sikap anak dan isteri yang berlemah lembut dan mesra dapat memberi kestabilan dan ketenangan jiwa dan emosi pemandu. Dengan ini sekurang-kurangnya suami yang menjadi pemandu berasa terhibur dan sentiasa beringat untuk menjaga keselamatan anak dan isterinya. Perkara ini nampak seperti kecil tetapi memberi impak yang besar kepada pemandu. Isteri perlu memainkan peranan sebagai peneman dengan penuh kasih mesra mendorong suami untuk berhemah dalam pemanduan.

Isteri janganlah bercerita mengenai perkara yang menyakitkan hati suami dan boleh membuatkan suami berasa marah dan kecewa sepanjang suami berada dalam pemanduannya. Hal-hal mengenai masalah hutang kereta, perabot baru yang tidak dibeli untuk hari raya, baju raya yang tidak dibeli, hutang rumah, isu suami tidak naik pangkat, fitnah jiran tetangga, hal bonus yang tidak didapati suami, kereta buruk malu nak balik kampong dan isu-isu peribadi suami isteri seperti hal kekasih suami dan pelbagai lagi cerita yang boleh menjadikan suami yang sedang memandu kereta terasa marah, sakit hati dan kecewa, perlu dielakkan disepanjang pemanduan.

Kata-kata yang menyakitkan hati dari isteri mampu menjadikan suami bertindak ganas semasa memandu dan boleh menyebabkan kemalangan kerana emosi marah yang tidak terkawal. Pihak isteri boleh berceritalah hal-hal yang mengembirakan suami seperti cerita kemajuan anak-anak dalam pelajaran, hal percutian dan jiran tetangga yang saling membantu. Kata-kata yang menyenangkan hati suami boleh membantu suami memandu dengan lebih cermat dan ceria.

Isteri juga perlu memastikan anak-anak kecil yang turut sama pulang ke kampung atau balik semula ke kota tidak menangis dan merengek terlalu kerap sehingga menjejaskan konsentrasi suami dalam pemanduannya. Anak-anak perlu diajar berdisiplin di dalam kereta, jangan membuat bising atau bergaduh dalam kereta.

Jika anak-anak membuat bising dan bergaduh dalam kereta boleh membuatkan suami terasa marah dan akhirnya menengking anak-anak agar jangan bising dan bergaduh dan ada kalanya sesetengah bapa bertindak ingin memukul anak-anak yang degil di dalam kereta. Keadaan ini akan menyebabkan gangguan kepada pemanduan suami dan kemalangan boleh berlaku.

Setelah suami berjaya memandu ke destinasi dengan selamat, pihak isteri perlulah mengucapkan terima kasih dan rasa penghargaan kepada suami kerana suami telah berpenat lelah memandu dengan selamat ke kampung untuk berhari raya atau kembali semula ke rumah masing-masing.

Jangan sibukkan suami untuk mengangkat barang-barang dalam kereta selepas suami penat memandu, mintalah tolong ahli keluarga lain untuk mengangkat barang dalam kereta dan sebagainya. Rasa penghargaan dan ucapan daripada isteri ini memberikan semangat untuk suami agar terus mampu memandu dengan cermat dan menjaga kesejahteraan keluarga.

*Prof Madya Dr Rusinah Siron adalah pensyarah Kolej Pengurusan dan Perakaunan Universiti Tenaga Nasional (Uniten)

Jumpa lagi, Adioss…

JimieRay

PS : Kepada anda yang ingin belajar buat website sendiri kini saya menjemput anda  untuk belajar buat website secara online PERCUMA. Sila Klik Disini!

PSS : Kepada semua pembaca blog JimieRay dot Com saya menyusun jari memohon ampun dan maaf sekiranya berlaku terkasar bahasa. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

“Ramadhan akan pergi meninggalkan kita, adakah tahun depan aku dapat bertemu lagi…”

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • digg
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • Fark
  • feedmelinks

RSS Subscription

Masukkan alamat email anda di bawah dan anda akan mendapat email daripada kami sebaik sahaja paparan terbaru dimuatkan ke dalam blog JimieRay dot Com ini. Taip alamat email anda dan klik Langgan Percuma :

Delivered by FeedBurner

Financial Freedom

Jana Pendapatan Sekarang!

Bina Mailing List Anda Segera!

Jom Bual



Rakan VIP Blog Ini :)

Rakan Online

Jejak Pembaca